Kan skang heboh pasal budak kene cium ngan artis k-pop. Sampai kat radio pon asek cakap bende tu je. Ni nak bagi tau, sayalah sebenanya mangsa k-pop! Pengakuan ikhlas lagi tulus k!.

Saya terjebak dengan dunia kpop ni sejak tahun 2006 lagi. fikir2 balik da lebih 7 tahun. Mase tu masih kat uni di malaysia. tension dengan final projek sampai rasa nak quit. pastu kawan bagi dok tengok variety show korea and dengar lagu2 k-pop ni. di situlah saya terjatuh chenta dengan seorang pakcik bernama Shim Changmin. first thing saya notice pasal k-pop ni, diorang sanggup buat ape saje sebab nak jadi retis. dari lari dari rumah sampai la jadi homeless sbb xde duit nak sewa bilik. lepas tu makan sehari sekali je. Berlatih menyanyi, menari dari pagi sampai malam, kadang-kadang sampai ke subuh. Dah tu bukan setahun dua, ade yang sampai 6 7 tahun. So saya fikir, kalau di tolak part lari dari rumah tu, kenapa saya tak boleh usaha macam diorg berusaha. Dah la duduk dalam rumah (sewa mak abah baya), siap kipas, makan pakai sume cukuplah. tinggal study je.. itu pun tak sabar, cepat sangat nak mengalah.

Cite xabes kat situ je. Bile dah graduate, xdapat cari keje pulak. Puas la mintak sane sini sume xdapat. Mujurlah kenal sorg kakak ni. Sama-sama meroyan minat k-pop. Dia la yang introduce saya keje kat ofice dia. Maka bermulalah alam pekerjaanku. Sebabkan da sama opis, bukan setakat cite k-pop je kuar. dialah tempat saya mengadu nasib. kalo xsebab k-pop, sumpahlah saya nak dapat kawan susah senang cam kakak ni. skang walaupun da xsatu opis, da xde depan mate, kitorg xputus contact. Especially bile time nak meroyan pasal k-pop. Life move on, meroyan tetap meroyan! Dengan kakak ni dan bersame2 peminat-peminat k-pop lain la saya buat keje gile. Konsert, fan sign, fan meeting sampai la kejar artis dr airport ke hotel sume saya dah buat. Sampai sanggup ponteng keje. Kalo dulu camne nak naik public transport g airport pon xtau, disebabkan k-pop sume bende jadi tau. Tibe2 saya jadi pandai plak nak kire bab2 international time. Pastu sebab nak beli album punye pasal, study pasal currency plak (baru tersedar betapa lemahnya ekonomi malaysia). Bab politik pon kene amek tau jugak. Termasuk la law negara tu (especially contract law sbb main issue is slave contract). Ha bukan senang nak jadi peminat k-pop. Kene tau serba-serbi!

Minat k-pop xabes kat situ je. Saye sanggup amek kelas malam belajar bahasa korea. Punyalah sebab nak paham cepat cite korea kan. Sanggup ulang-alik shah alam seminggu dua kali. kelas dr pkol 9 sampai 11 malam. sampai umah da pukul 12. esok keje lagi. lepas setahun lebih amek kelas bahasa korea kat shah alam. cikgu saya bagi tahu ade biasiswa utk sambung belajar kat korea. Saya pun macam org ngantuk disorong bantal la kan. Gile ko korea. Sape xnak pegi!

Maka bermulalah kehidupan saya di bumi kimchi ni. Ya Allah! Baru saya tahu kehidupan kat sini xseindah digambarkan dalam cerite-cerite korea nun! Da la xde org cakap english, sume pakat bahasa die je. Terpaksalah saya belajar dengan tekun. Pastu biasiwa lak ikut tahap pencapaian akademik. Sape dapat GPA lebih 4 (sini full GPA 4.5) dapat extra money. Da 5 tahun duduk sini sekali pon xpenah dapat. Tiap2 sem all out study pun xdapat2.

Sebab da jauh dengan keluarga, baru la terfikir, dulu susah sikit telefon mak abah, abah anta duit la. along anta duit la. Skang xde duit nak wat ape? terpaksa la buat part time. Mengajar kat sekolah2 rendah pasal culture Malaysia kat org korea yang sebenanye xminat pon nak belajar budaya kita. pastu mengajar bahasa melayu pulak kat orang-orang yang nak pergi outstation kat negare kite. Ade org tanya: kenapa kami perlu belajar bahasa Malaysia, tapi xde orang kat malaysia pun nak cakap bahasa malaysia? cam no nak jawab tu? saya jawab xpe la, belajar je. xrugi kalo ade extra knowledge. nanti sampai malaysia leh aja orang malaysia lak cakap bahasa malaysia (tau jawapan ni nonsense!). Skang da 3 tahun saya mengaja bahasa malaysia kat bumi korea ni. at least ade jugak la org korea yang tau kat mana lokasi malaysia kat peta dunia ni.

Bukan setakat tu je. Dulu lepas abes blaja, saya ddk lagi mak abah. tapi dengan alasan sebok kat opis, jarang saya dapat tanye khabar. Gile ape ko, duduk sebumbung nak tanye: mak sihat? abah sihat? TGk diorg elok ddk depan TV, sihat le tu. Sebelum datang korea, saya janji dengan mak nnt da ddk sane slalu2 tepon mak. So saya buat apa yg saya janji. Baru saya tau, fizikalnya sihat, dalam hati macam2 bende diorg nak kongsi. Walaupun saya jauh dari mak saya, tapi kami jadi kawan baik dah sekarang. Kalo x, saya la anak yang paling kuat melawan.

Setengah orang cakap peminat2 k-pop ni menyatukan semua bangsa. No boundaries limit. So saya igt sume org korea cenggitu la. Tapi bila da sampai sini, baru saya tahu ape perasaan jadi minoriti. Terfikir saya keadaan kawan-kawan minoriti di malaysia termasuklah pendatang. Sekarang saya rasa bile orang label saya sebagai pendatang. Ni sume sebab k-pop. Kalau x, xde la saya rase kecik macam ni. Pastu banyak pulak org tanye apsal kene balut kepala. Accident ke? Baru sedar ilmu islam saya terlalu cetek, sbb nak terangkan bende ni pun tergagap2.. tu la kat mesia take everything for granted. Dah lahir2 islam kan. BUkan nak ambil peduli semua reason dalam ajaran-ajaran islam. Jadi sebab takut xleh jawab bile org tanye, terpaksa la saya pegi mengaji balik hukum-hakam islam ni.

Dan jugak kalo xdisebabkan saye gile ngan Pakcik Shim tu, xdenye saya nak blaja kat negara orang ni. Dah la sejuk beku time winter, hujan mencurah-curah time summer. Nak makan pun sume kene check halal haram. Kalo kat malaysia leh main sebat je. Nak sembahyang pon susah. Bukan ade surau kat sini. kene pandai2 sendiri. Naik subway pon orang pandang pelik sebab pakai tudung (skang da kurang).

Kesimpulannya k-pop ni mmg teruklah. Abes tunggang-langgang idup saya. Kalo dulu dudk kat celah2, diam2, xbersuara. Skang sume bende saya buat utk survive. Alhamdulillah, walaupun Korea ni juara bunuh diri sejak 10 tahun dulu (check dengan OCDC) dan gerakkan kristian yang tersebar luas, tudung masih atas kepala saya. Belum penah saya keluar rumah dua kaki, balik 4 kaki. Yang penting Tuhan dah bagi nikmat akal untuk berfikir. Menggunakan nikmat dijalan yang betul pun salah satu tanda bersyukur.

Jadi buang yang keruh ambil yang jernih. Bak kate Nabil: Lu pikir la sendiri!!

Advertisements